Bagaimana untuk menyambung ke akaun saya di terminal?

Dalam bar menu utama terminal, pilih "Fail" dan kemudian "Log masuk ke akaun dagangan". Dalam tetingkap pop-up, masukkan nombor akaun dagangan anda ("Log masuk") dan kata laluan yang anda terima selepas pendaftaran. Berhati-hati dan jangan terkeliru dengan kata laluan akaun dagangan anda dengan kata laluan Kawasan Keahlian. Dalam medan "Pelayan", pilih pelayan untuk jenis akaun anda dan klik "Log masuk".

Pelayan di bawah adalah untuk jenis-jenis akaun berasaskan MT4:

  • RoboForex-Demo – kesemua akaun demo, termasuk pertandingan.
  • RoboForex-ECN - ECN-Pro NDD, ECN-FixSpread NDD.
  • RoboForex-Pro - Pro-Standard.
  • RoboForex-ProCent - Pro-Cent.
  • RoboForex-Fix - Fix-Standard.
  • RoboForex-FixCent - Fix-Cent.

Pelayan RoboForex-MetaTrader 5 digunakan untuk kesemua jenis akaun berasaskan MT5.

Untuk menyimpan maklumat akaun dan tidak memasukkannya sekali lagi apabila anda log masuk, klik kotak "Simpan maklumat akaun".

Jika maklumat yang dimasukkan adalah betul, penunjuk di bahagian bawah sebelah kanan akan bertukar hijau-merah.

Jika penunjuk memaparkan "Akaun tidak sah":

  • Pastikan kata laluan yang anda masukkan adalah betul dan cuba log masuk semula.
  • Tukar kata laluan akaun dagangan dalam Kawasan Keahlian anda dan cuba log masuk semula.
  • Hubungi Khidmat Sokongan Online 24/7.
Tanya soalan

Tidak mencari maklumat yang anda perlukan? Tanya soalan dan mendapatkan jawapan online!

Masuk chat
Atau masukkan nombor telefon anda di dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
Menelepon kembali
Tanya soalan