Pindaan pada dokumen peraturan

20.03.2017 / 14:00

Kepada Klien dan Rakan Kongsi yang dihargai,

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 27 Mac 2017, beberapa pindaan akan diperkenalkan dalam dokumen peraturan Syarikat. Perubahan utama adalah seperti berikut:

  1. Smart Stop Out

    Pelaksanaan pemprosesan baru Stop Out pada platform cTrader. Maklumat lebih terperinci tentang bagaimana Smart Stop Out beroperasi boleh didapati pada bahagian Soalan Lazim.

  2. Penjelasan status Peraturan Program/Perkhidmatan

    Kaedah-Kaedah Promosi, yang diterbitkan pada laman web, adalah pindaan rasmi terhadap perjanjian antara Klien/ Rakan Kongsi dan Syarikat.

  3. Sekatan leverage pada akaun untuk kedudukan dari 50,000,000 USD

    Jika jumlah kedudukan terbuka adalah kurang daripada atau bersamaan 50,000,000 USD, nilai leverage yang diterima adalah 1:500. Jika jumlah kedudukan terbuka adalah dari 50,000,000 hingga 200,000,000 USD, nilai leverage yang diterima adalah 1:200. Jika jumlah kedudukan terbuka adalah lebih daripada 200,000,000 USD, nilai leverage yang diterima adalah 1:100.

Anda boleh melihat dokumen dengan lebih dekat pada halaman "Dokumen RoboForex".

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami dengan menggunakan mana-mana kaedah yang terdapat di bahagian "Hubungi".

Sila ambil perhatian bahawa dokumen yang telah dikemaskini akan dianggap sebagai diterima sekiranya anda tidak menolaknya dalam tempoh 5 hari selepas menerima surat ini.

Salam hormat,
RoboForex

Tanya soalan

Tidak mencari maklumat yang anda perlukan? Tanya soalan dan mendapatkan jawapan online!

Masuk chat
Atau masukkan nombor telefon anda di dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
Menelepon kembali
Tanya soalan