Dasar Privasi

RoboForex bukan hanya menawarkan perkhidmatan di arena perniagaan malah kami memastikan bahawa semua infomasi informasi sulit klien kami dilindungi sepenuhnya. Polisi ini juga ditawarkan kepada semua klien kami yand sedia ada dan yang baru.

Siapa yang mengumpul maklumat tersebut?

RoboForex Ltd ialah subuah badan Broker Antarabangsa yang juga ahli kumpulan RoboForex, dikawal selia oleh IFSC, license No. IFSC/60/271/TS.

Syarikat kami mengumpul data peribadi, tingkah laku, dan jenis lain, yang telah anda (Klien) persetujui berkongsi dengan kami apabila menggunakan semua laluan atau jaringan web Syarikat, seperti: https://www.roboforex.comhttps: //www.copyfx .comhttps://ramm.roboforex.com, https://webtrader.roboforex.com, juga termasuk versi bahasa. Dalam perkara ini, Klien akan dimaklumkan dan mendapatkan persetujuan terlebih dahulu.

Sebarang maklumat berkenaan aktiviti anda yang dikumpulkan oleh kami hanya akan digunakan bagi tujuan perniagaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang jitu. Informasi ini akan digunakan supaya kami dapat memberikan anda maklumat terkini mengenai perkhidmatan, atau produk baru RoboForex, dimana anda boleh menilai dengan teliti keupayaan dan fahami keperluan kewangan anda dan seterusnya memproses urus niaga anda.

Apakah jenis maklumat yang akan dikumpul?

Kami boleh mengumpul, menyimpan, dan menggunakan data peribadi berikut, tetapi tidak terhad kepada:

Data identiti: Nama pertama / pertengahan / nama akhir anda, nama pengguna atau pengenalpastian lain yang dibuat oleh anda semasa menggunakan perkhidmatan kami, bukti identiti anda dalam bentuk imej berangka, tarikh dan tempat kelahiran, jantina, negara tempat kediaman dan kewarganegaraan.

Data hubungan: alamat tempat tinggal anda termasuk bukti alamat ini dalam bentuk imej berangka, nombor telefon anda, alamat e-mel.

Data profesional: tahap pendidikan, pekerjaan, nama majikan, pengalaman dalam perdagangan dalam talian, pengetahuan tentang perdagangan dalam talian dan risiko yang terlibat di dalamnya, termasuk semua bukti yang relevan mengenai data ini.

Data kewangan dan cukai: pendapatan tahunan dan bulanan, nilai bersih, TIN dan cukai negara kediaman, nombor akaun bank dan penyata bank, nombor kad bank dan bukti pemilikan mereka, butiran dompet elektronik, sumber dana.

Data penggunaan teknikal: alamat dan lokasi IP anda, jenis dan versi penyemak imbas, jenis dan model peranti, sistem pengendalian dan sebarang data lain yang berkaitan dengan ciri-ciri peranti yang anda gunakan untuk mengakses dan menggunakan laman web kami.

Data tingkah laku: semua data yang berkaitan dengan tingkah laku anda di laman web kami- klik pada pautan, muat turun, skrol, dll.

Data pemasaran: bersetuju untuk menerima bahan pemasaran dan pengiklanan daripada kami serta jenis saluran komunikasi dan bahasa mesej.

Polisi Cookies (Dasar Kuki)

Cookies (Kuki) adalah fail yang mengandungi maklumat yang digunakan oleh laman web untuk mendaftar lalu lintas. Maklumat dari pelayan laman web ini disimpan sementara pada cakera keras komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melawati tapak web untuk pertama kalinya dan, seterusnya, ini bagi membolehkan laman web mengenali penyemak imbas anda.

RoboForex Ltd menggunakan cookies (kuki) untuk menentukan perkhidmatan yang paling menarik untuk pelanggannya dan juga mengukur aktiviti pelawat di laman web Syarikat. Dengan menggunakan cookie (kuki), kami boleh mengenal pasti iklan yang paling diminati dan menganggarkan populariti sumber yang berkaitan dengan menarik pelanggan berpotensi.

Apakah jenis cookies (kuki) yang digunakan oleh kami?

Sesi Cookie (Kuki): Kuki jenis ini hanya digunakan semasa sesi anda di laman web kami (apabila anda menggunakan laman web kami) dan disimpan sehingga anda menutup kembali penyemak imbas anda.

Cookie (Kuki analitik): Kuki jenis ini mengumpul maklumat tingkah laku tentang cara anda menggunakan laman web kami dan memindahkannya ke perisian analisis kami di mana ia akan disimpan hingga 6 bulan. Maklumat yang disimpan tidak mengandungi nama anda, alamat e-mel atau sebarang maklumat peribadi yang lain. Kami menggunakannya untuk mengesan aktiviti pengguna di laman web kami, yang membolehkan kami memberikan pengalaman pengguna yang lancar di semua platform kami dan juga menjejaki potensi ketidaktepatan.

Kuki promosi: kuki jenis ini digunakan untuk menjana pengiklanan yang relevan kepada mana-mana pengunjung laman web kami pada masa ini semasa mereka tidak menggunakan salah satu platform kami. Ini mungkin termasuk cookie (kuki) pihak ketiga, satu atau lebih rakan pengiklanan kami.

Kuki keutamaan dan fungsi: kuki jenis ini menentukan pilihan yang anda buat semasa menggunakan laman web kami, sama ada bahasa laman web atau semasa penutupan tetingkap pop timbul.

Bagaimana untuk mengurus keutamaan cookie (kuki)

Anda boleh memadamkan kuki yang terletak pada komputer anda semasa melawat tapak web kami menggunakan tetapan penyemak imbas anda. Cara menguruskan kuki dalam pelayar yang paling popular boleh didapati di bawah:

Pastikan anda memahami sepenuhnya bahawa dengan memotong kuki mungkin akan menjejaskan fungsi yang anda gunakan di laman web kami dan lain-lain.

Data apakah yang kita kumpul dan memproses data peribadi anda?

Tujuan dan sebab mengumpulkan data peribadi sesuai dengan undang-undang yang diterangkan di bawah ini:

Kewajipan kontrak: untuk membolehkan anda sebagai Pelanggan, kami perlu meminta dan mengesahkan maklumat peribadi anda mengikut Perjanjian Klien kami.

Kewajipan undang-undang: RoboForex tertakluk kepada beberapa undang-undang yang digunakan untuk memantau organisasi kewangan (contohnya undang-undang anti-pengubahan wang haram, undang-undang perkhidmatan kewangan, undang-undang perbadanan, undang-undang privasi dan undang-undang cukai). Undang-undang dan arahan ini mewajibkan Syarikat untuk mengumpul dan menyimpan data peribadi yang diminta dalam teks mereka.

Pertanyaan aduan: Kami boleh menggunakan data yang anda berikan untuk membuat rujukan semasa siasatan, berkenaan aduan anda.

Analisis data: kami menggunakan pelbagai alat untuk mengumpul data tingkah laku dan kuantitatif pengguna laman web dan salurkan kepada e-mel kami, ini adalah untuk memberi pengalaman pengguna yang muktamad dan kandungan yang relevan.

Tujuan pemasaran: jika anda bersetuju untuk menerima bahan komunikasi pemasaran kami, kami akan menggunakan data peribadi yang anda berikan untuk menghantar maklumat tentang produk, perkhidmatan, dan acara akan datang.

Pemberitahuan Undang-undang: kami diwajibkan oleh Undang-Undang untuk menasihati anda tentang perubahan kepada produk, perkhidmatan dan / atau perjanjian kami, oleh itu kami boleh menggunakan data peribadi anda.

Sebab utama dan tujuan mengumpulkan data peribadi klien dari EU / EEA dijelaskan dalam dokumen TERMA PENGOLAHAN DATA PERIBADI.

Kepada siapa boleh kita mendedahkan data peribadi anda?

Syarikat berhak untuk mendedahkan data peribadi dalam jumlah yang dikehendaki dan dalam tujuan di atas untuk:

  • Kepada pembekal pemasaran dan pengiklanan pihak ketiga;
  • Pembekal perkhidmatan pihak ketiga;
  • Gabungan dan syarikat gabungan;
  • Badan badan mentadbir;
  • Juruaudit dan kontraktor;
  • Sesiapa sahaja yang diberi kuasa / mandat oleh anda.

Dinasihatkan bahawa data peribadi anda tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diketahui oleh Syarikat dan yang dimana ia tidak mempunyai perjanjian yang sesuai.

Pelanggan akan dimaklumkan tentang perkara ini dan mesti memberikan persetujuan terlebih dahulu untuk aktiviti-aktiviti ini mengikut GDPR.

Memindahkan data di luar EEA

RoboForex tidak akan memindahkan data peribadi klien dari EU / EEA.

Hak pelanggan dari EU / EEA mengenai data peribadi mereka

Menurut Undang-Undang, anda mempunyai hak-hak berikut mengenai data peribadi kami yang kami simpan dan diproses:

1. Hak untuk dimaklumkan bahawa kami memproses data peribadi anda dan data yang kami proses dengan tepat.

2. Hak mengakses data peribadi anda.

3. Hak untuk memperbaiki data peribadi anda jika tidak tepat atau tidak terkini.

4. Hak untuk memadamkan data peribadi anda dari pelayan kami sejurus permintaan anda dibenarkan.

5. Hak untuk menyekat pemprosesan data peribadi anda (yang tidak menyiratkan simpanannya).

6. Hak untuk mudah alih data anda. Anda mempunyai hak untuk mendapatkan semua data peribadi anda yang kami simpan dalam format mesin yang boleh dibaca, dalam keadaan tertentu.

7. Hak membantah pemprosesan data peribadi anda.

8. Hak untuk tidak tertakluk dalam membuat keputusan automatik termasuk profiling jika ia tidak campuri dalam melaksanakan kontrak antara anda dan RoboForex.

Bersabit dengan hak Pelanggan, Syarikat memaklumkan anda boleh melaksanakan hak yang disebutkan seperti di atas jika tidak bertentangan dengan keperluan undang-undang berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Undang-undang Pembiayaan Pengganas, Kewajiban Penyimpanan Rekod Perusahaan dan lain-lain.

Pegawai Perlindungan Data

Untuk semua pertanyaan atau aduan berkaitan dengan hak atau sebarang masalah perlindungan data antara anda dan Syarikat, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di [email protected].

Tanya soalan

Adakah anda memerlukan bantuan? Klik pada ikon di penjuru kanan sebelah bawah halaman dan dapatkan jawapan kepada mana-mana soalan anda.

Atau masukkan nombor telefon anda di dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.

Menelepon kembali
Tanya soalan