Perubahan dalam jadual dagangan

10.03.2017 / 18:42

Kepada Klien dan Rakan Kongsi yang dihargai!

Adalah dimaklumkan bahawa pada 12 Mac 2017, Amerika Syarikat akan beralih kepada waktu penjimatan siang, negara-negara Eropah akan beralih kepada waktu musim panas pada 26 Mac 2017. Dengan itu, akan ada beberapa perubahan kecil kepada jadual dagangan *.

Dari 13 hingga 26 Mac 2017, dagangan pada beberapa instrumen akan dibuka dan ditutup sejam lebih awal (waktu pelayan) dari sekarang. Dari 27 Mac hingga 27 Oktober 2017, dagangan instrumen-instrumen yang sama akan disediakan dalam lingkungan operasi spesifikasi kontrak.

Jadual dagangan bagi semua logam (XAUUSD, XAUEUR, XAGUSD, XAGEUR, XPTUSD, XPDUSD):


  • Dari 13 hingga 24 Mac, 2017: 12:01 AM hingga 10:59 PM (EET)
  • Dari 27 Mac hingga 27 Oktober, 2017: 1:01 AM hingga 11:59 PM (EEST)

Jadual dagangan Indeks Amerika Syarikat (US500Cash, USTECHCash, US30Cash):


  • Dari 13 hingga 24 Mac, 2017: 12:01 AM hingga 10:59 PM (EET)
  • Dari 27 Mac hingga 27 Oktober, 2017: 1:00 AM hingga 11:15 PM (EEST)

Jadual dagangan CFD bagi Minyak (Brent dan WTI):


  • Dari 13 hingga 24 Mac, 2017: 2:00 AM hingga 10:15 PM (EET)
  • Dari 27 Mac hingga 27 Oktober, 2017: 3:00 AM hingga 11:15 PM (EEST)

Jadual dagangan CFD bagi saham AS dan ETF:


  • Dari 13 hingga 24 Mac, 2017: 3:30 PM hingga 10:00 PM (EET)
  • Dari 27 Mac hingga 27 Oktober, 2017: 4:30 PM hingga 11:00 PM (EEST)

Jadual dagangan bagi USDRUB**:


  • Dari 13 hingga 24 Mac, 2017: 09:00 AM hingga 6:00 PM (EET)
  • Dari 27 Mac hingga 27 Oktober, 2017: 10:00 AM hingga 7:00 PM (EEST)

Sila ambil perhatian bahawa pada 17 dan 24 Mac 2017, dagangan bagi semua instrumen akan ditutup pada 11:00 PM waktu pelayan.

Adalah di ingatkan bahawa apabila pelayan dagangan beralih kepada Eastern European Summer Time (EEST = UTC+3) pada 26 Mac 2017, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami masalah disebabkan perbezaan masa pelayan dan waktu tempatan mereka.

Sila ambil kira perubahan dalam jadual semasa merancang aktiviti dagangan anda.

* – Jadual ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan mungkin akan dipinda.

** – Jadual ini mungkin akan dipinda sekiranya peralihan kepada DST (waktu penjimatan siang) di Rusia diluluskan.

Salam hormat,
RoboForex