Kawasan Keahlian Baru: kini lebih hebat dan lebih canggih

29.09.2017 / 15:13

Rekabentuk baru Kawasan Keahlian

Pelanggan dan Rakan Kogsi yang dihormati!

Kami dengan sukacitanya memaklumkan kepada anda bahawa Syarikat telah berjaya mengemas kini penampilan dan pelayaran Kawasan Keahlian anda dan kini anda dapat memanfaatkan sepenuhnya perubahan yang telah diperkenalkan. Kami berharap perubahan ini dapat membantu anda mengurus dan mengawal akaun dan dana anda dengan lebih cekap.

Di Kawasan Keahlian, kami telah menambahbaik:

1. Halaman navigasi utama

Terima kasih kepada penambahbaikan di blok navigasi yang semakin "pantas" dan kedudukannya di tengah membolehkan anda melakukan apa-apa sahaja tindakan yang anda mahukan dalam beberapa saat sahaja.

2. Navigasi halaman Kawasan Keahlian

Kalkulator Affiliate atau pautan untuk memuat turun terminal kini lebih mudah dan senang menggunakannya.

3. Borang pendeposit akaun

Jika anda mempunyai Wallet RoboForex yang dibuka, pilih akaun yang akan didepositkan terus dalam borang. Tiada lagi sidebars!

4. Maklumat mengenai produk pelaburan kami

Semua maklumat mengenai laman web CopyFX, RAMM, dan Stok kini berada dalam satu bahagian Kawasan Keahlian untuk menjadikannya mudah dan senang untuk dilayari.

Kami tidak merancang untuk berhenti di sini dan mahu terus bekerja secara aktif dalam arah ini berdasarkan maklum balas anda. Sila hantar cadangan anda untuk sebarang penambahbaikan Kawasan Keahlian ke [email protected].

Terima kasih kerana memilih Syarikat kami!

Yang ikhlas,
RoboForex

Tanya soalan

Adakah anda memerlukan bantuan? Klik pada ikon di penjuru kanan sebelah bawah halaman dan dapatkan jawapan kepada mana-mana soalan anda.

Atau masukkan nombor telefon anda di dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
Menelepon kembali
Tanya soalan