RoboForex mengumumkan perubahan log masuk ke terminal cTrader

27.04.2018 / 10:43

cTrader

Kepada pelanggan dan rakan kongsi yang dihormati,

Kami inigin memaklumkan kepada anda bahawa pada 1 Mei 2018, prosedur untuk log masuk ke cTrader akan diubah. Bermula dari tarikh yang telah ditetapkan, anda hanya boleh menggunakan e-mel dan kata laluan dari cTrader ID (cTID) anda untuk log masuk ke terminal dagangan cTrader. Gabungan "Akaun dagangan + kata laluan" dalam borang pendaftaran akan dinyahaktifkan.

Jika anda sudah mempunyai ID cTrader, anda perlu menggunakannya untuk log masuk ke terminal dan periksa sama ada semua akaun perdagangan anda ada dipaparkan pada senarai akaun yang dipautkan ke cTID anda. Senarai ini terletak di panel pemilihan akaun di sebelah kiri skrin.

Jika ada mana-mana akaun anda tidak muncul dalam senarai, anda perlu melakukan seperti berikut:

  1. Klik "Akaun Perdagangan" dalam panel pemilihan akaun;
  2. Dalam window dialog, masukkan nombor akaun dan kata laluan anda secara manual.

Tutorial

Jika anda tidak mempunyai ID cTrader lagi, anda perlu membuatnya melalui borang pendaftaran di ct.roboforex.com, masukkan e-mel anda dan buat kata laluan untuk log masuk. Semua akaun dagangan yang anda gunakan sebelum ini melalui browser ini akan dilampirkan ke cTID baru anda secara automatik. Jika ada mana-mana akaun anda yang tidak ada dalam senarai, hubungkannya ke cTID anda seperti yang dinyatakan di atas.

Jika anda tidak mempunyai ID cTrader pada 1 Mei, ia akan dibuat untuk anda secara automatik dengan menggunakan e-mel yang anda nyatakan semasa mendaftar di ruangan ahli anda, dan semua akaun cTrader anda akan dihubungkan ke cTID anda. Anda akan menerima kata laluan untuk cTID dalam e-mel yang akan dihantar dari platform cTrader ke e-mel anda.

Yang ikhlas,
RoboForex Team

Tanya soalan

Adakah anda memerlukan bantuan? Klik pada ikon di penjuru kanan sebelah bawah halaman dan dapatkan jawapan kepada mana-mana soalan anda.

Atau masukkan nombor telefon anda di dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
Menelepon kembali
Tanya soalan