RoboForex mula menjalani pensijilan kualiti pelaksanaan pesanan bulanan

27.08.2019 / 17:00

Pelanggan dan rakan kongsi yang dihormati.

RoboForex telah menjalani pensijilan kualiti pelaksanaan pesanan yang dijalankan secara kerap oleh rakan Suruhanjaya Kewangan, Verify My Trade (VMT), dengan itu mengesahkan pematuhan dengan piawaian yang tinggi yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk anggotanya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Verify My Trade?

Verify My Trade adalah bank data, yang digunakan untuk analisis post-trading pelaksanaan pesanan di broker yang berlainan. Berdasarkan keputusan sejumlah besar broker, sistem ini membuat model rujukan untuk pelaksanaan. Maklumat yang diperolehi membantu membuat kesimpulan tentang kualiti pelaksanaan pesanan di setiap broker yang disahkan.

Berapa kerapkah Syarikat akan diaudit ?

Setiap bulan, RoboForex Ltd menyediakan 5,000 urus niaga tanpa nama yang dilakukan oleh pelanggan Syarikat untuk membandingkan mereka dengan pelaksanaan pesanan di broker lain. Untuk pengesahkan sijil semasa, keputusan audit perlu mematuhi nombor pelaksanaan purata dalam industri.

Mengapa ia menarik untuk traders?

Operasi Verify My Trade bertujuan untuk menilai broker dari perspektif kualiti pelaksanaan pesanan dan penyediaan ketelusan maklumat kepada pelanggan mereka. Maklumat lengkap tentang tarikh audit terkini, bilangan petikan yang dianalisis, dan keputusan prosedur persijilan yang dijalankan oleh VMT tersedia kepada orang awam di laman web Suruhanjaya.

Untuk melihat keputusan prosedur audit tetap di RoboForex Ltd, ikuti pautan tersebut.

Kualiti pelaksanaan pesanan oleh broker adalah kunci kepada kejayaan para pedagang. Kami menumpukan perhatian untuk memastikan pelaksanaan pesanan di Syarikat kami pada tahap konsisten yang tinggi. Ini boleh diperiksa pada akaun Prime dengan keadaan perdagangan terbaik yang boleh didapati di Syarikat, yang boleh sepadan dengan tahap penyedia liquidity.

Yang ikhlas,
Team RoboForex