RoboForex: maklumat penting berkenaan dengan pembahagian saham Apple dan Tesla pada 31 Ogos 2020

21.08.2020 / 14:30

Kepada Pelanggan dan Rakan Kongsi,

Pada 31 Ogos 2020, saham Apple (AAPL) dan Tesla (TSLA) akan melalui pembahagian. Pembahagian saham adalah tindakan korporat, akibatnya syarikat meningkatkan jumlah saham yang diterbitkan oleh pengganda tertentu dan mengurangkan nilai setiap saham dengan pengganda tersebut.

Apple akan mempunyai 4-untuk-1 pembahagian saham (1 saham akan dibahagikan kepada 4), manakala Tesla – 5-untuk-1 (1 saham akan dibahagikan kepada 5).

Bagaimana ia akan mempengaruhi posisi dan order?

Jika anda buka posisi di saham Apple dan Tesla atau merancang untuk membuka posisi tersebut, sila ambil perhatian pada perubahan berikut, di mana akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 2020.

Akaun MetaTrader 4 / MetaTrader 5

Prosedur pembahagian akan bermula pada hujung minggu, 29 dan 30 Ogos.

  • Kesemua pending order (Buy Limit, Buy Stop, Sell Limit, Sell Stop, Buy Stop Limit, Sell Stop Limit, Stop Loss, and Take Profit) di AAPL dan TSLA akan dibatalkan.

  • Untuk posisi di AAPL, harga pembukaan akan dibahagikan dengan 4.

  • Untuk posisi di TSLA, harga pembukaan akan dibahagikan dengan 5.

  • Jumlah setiap posisi terbuka di AAPL akan dikalikan dengan 4.

  • Jumlah setiap posisi terbuka di TSLA akan dikalikan dengan 5.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda menggunakan Expert Advisor (EA), kami mencadangkan agar anda memeriksa dengan pembangunnya sama ada kodnya memerlukan pengubahsuaian untuk memastikan interpretasi data harga yang betul selepas pembahagian saham.

Akaun R Trader

Prosedur pembahagian akan berkuatkuasa pada 31 Ogis pada jam 3.00 petang waktu server.

  • Semasa prosedur pembahagian, kesemua pending order yang aktif (Buy Limit, Sell Limit, Stop Loss, and Take Profit) di AAPL, AAPL.nq, TSLA, dan TSLA.nq akan dibatalkan.

  • Untuk positi di AAPL dan AAPL.nq yang dibuka sebelum jam 3.00 petang waktu server, harga pembukaan akan dibahagikan dengan 4.

  • Untuk positi di TSLA dan TSLA.nq yang dibuka sebelum jam 3.00 petang waktu server, harga pembukaan akan dibahagikan dengan 5.

  • Jumlah setiap posisi terbuka di AAPL dan AAPL.nq akan dikalikan dengan 4.

  • Jumlah setiap posisi terbuka di TSLA dan TSLA.nq akan dikalikan dengan 5.

  • Semua posisi di mana-mana instrumen ini dalam arah yang sama dan pada akaun yang sama akan digabungkan menjadi satu posisi yang baru. Posisi baru yang mempunyai harga pembukaaan dan jumlah berdasarkan harga berwajaran rata-rata semua posisi yang dipegang sebelum pembahagian.

Carta sejarah di terminal perdagangan anda akan dikemas kini untuk menggambarkan harga baru instrumen yang disebutkan di atas.

Semua aspek lain dari syarat perdagangan akan tetap utuh. Mohon, perhatikan maklumat ini semasa merancang aktiviti perdagangan anda.

Yang benar,
team RoboForex